Keputihan adalah
masalah yang kerap dialami oleh wanita. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang
sedang hamil dimana akan berlaku perubahan hormon semasa
kehamilan yang akan menyebabkan peningkatan pengeluaran cairan vagina
serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama
yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan di kalangan wanita
yang hamil.
Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.
Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan
diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans.
Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian
daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam
badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan
anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.
Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
- Anda hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
- Anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
- Anda menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
- Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisme baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
- Anda mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit yang berjangkit melalui hubungan seksual, anda boleh mengalaminya jika suami anda mengalaminya.
Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan terhadap bayi
Kulat dan bakteria merupakan antara mikro oranisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.
Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya.
Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :
1. Chlamydia
Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.
2. Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).
3. Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.
4. Kuman HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.
5. Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?
Jika
anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan
menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di
sekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak
pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal
dilakukan, di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan
dihantar ke makmal.
Doktor anda mungkin akan mempriskripsikan ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu mempriskripsikan apa-apa setakat itu.
Jika anda diberikan ubat jenis pessari, anda juga mungkin diberi alat untuk memasukkan ubat itu ke dalam faraj. Jika ini berlaku, berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada serviks, iaitu bahagian leher uterus (rahim) anda. Anda mungkin lebih suka memasukkannya dengan perlahan-lahan menggunakan jari sendiri.
Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu samada ianya selamat diambil ketika hamil.

Adakah apa-apa rawatan di rumah yang boleh saya cuba?
Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:
- Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.
- Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
- Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.
- Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
- Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
Setiap tablet Shaklee Garlic Complex mengandungi 500mg ekstrak garlic tulen yg menyamai 1 ulas bawang putih segar. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Hanya 2 biji setiap hari selepas breakfast..Garlic Complex mampu mengatasi masalah keputihan anda...haaaa mudah kan..Tak perlu risau lagi masalah keputihan ni....
Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan.
Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan...Jadi, ibu2 hamil yang mempunyai masalah keputihan boleh hubungi saya untuk dapatkan Garlic Complex hari ini...Sayangi diri dan bayi anda...
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
012-3925240
https://www.facebook.com/znzHealthcare
mia_idora2000@yahoo.com
COD AREA KOTA MARUDU, PITAS
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"