Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Wednesday, December 10, 2014

Cara Nak Hilangkan Stretchmark Selepas Bersalin

Bagi ibu-ibu yang lepas bersalin, mesti anda agak rasa terkejut dengan stretch mark (rekahan pada kulit di perut). Yerlaa perut yang asalnya licin dah jadi pecah-pecah. Apa punca terjadinya stretch mark nie yer?
Stretchmark berlaku disebabkan oleh beberapa situasi yang memberi tekanan tambahan pada kulit kita seperti pertambahan berat badan secara tiba-tiba, kehamilan dan pertumbuhan berat badan yang drastik semasa remaja. Kadang-kadang semasa stretch mark juga berlaku ketika senaman di mana regangan badan dilakukan secara berlebihan.


 Kebiasaanya stretch mark yang paling ketara berlaku di bahagian perut yg timbul selepas bersalin. Ianya tidak akan hilang dengan sendiri tapi memerlukan rawatan dan usaha untuk menghilangkannya. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan stretch mark di sekiar perut menggunakan bahan-bahan yang boleh diperolehi di dapur rumah sahaja.
 

Berikut Adalah Cara Untuk Menghilangkan Stretchmark:-


1: Guna scrub aprikot
Ramai orang menggunakan scrub aprikot untuk menyingkirkan stretch mark daripada kulit mereka. Anda boleh baut sendiri scrub ini dengan cara:
• Sediakan Aprikot 2-3 biji
• Air suam untuk mencuci kulit daripada scrub
• Potong buah aprikot dan keluarkan biji.
• Lenyekkan buah-buahan untuk mendapatkan pes mereka.
• Tampal aprikot ini pada stretch mark anda.
• Biarkan selama kira-kira 15-20 minit.
• Basuh dengan air suam.
• Ulang setiap hari (pada mulanya anda boleh melakukannya dua kali sehari) selama sebulan.

  
2: Aloe Vera
Manfaat lidah buaya kini amat popular sebagai penawar pelbagai penyakit. Lidah buaya mengandungi kolagen tumbuhan yang sangat bagus untuk pembaikan kulit manusia. Seboleh yang mungkin gunakan gel yang diperolehi secara terus dari batang lidah buaya.
Cara untuk menggunakan lidah buaya sebagai rawatan stretch mark adalah seperti berikut :-
• Ambil daun lidah  buaya
• Buangkan duri daun lidah buaya dan buang kulit luarnya.
• Keluarkan gel melekit dari bahagian dalam daun.
• Sapukan terus gel aloe segar di stretch mark anda.
• Biarkan selama dua jam.
• Basuh dengan air.


3: Kentang
Kentang adalah makanan super kerana banyak komponen seperti asid lemak dan pelbagai fitokimia, seperti karotenoid dan polifenol. Ia juga mempunyai banyak vitamin dan mineral termasuk Vitamin-C, B​​-kompleks, kalium, magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Oleh kerana kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin, ia berkesan boleh memulihkan semula sel-sel kulit stretch mark anda.
Cara menggunakan kentang untuk stretch mark adalah seperti berikut : -
• Ambil 1 biji Kentang (bersaiz sederhana)
• Potong kentang ke dalam kepingan bersaiz tebal.
• Ambil 1 keping dan sapu perlahan pada kawasan stretch mark anda. Pastikan jus dari kentang disapu di seluruh kwsn stretch mark.
• Biarkan selama 5-10 minit.
• Basuh dengan air suam.

4: Lemon
Lemon telah diiktiraf sebagai agen peluntur semula jadi yang sangat berkesan. Alfa hydroxy asid (AHA) dan vitamin C dalam lemon sangat cekap membuang kulit mati dan menjadikan stretch mark anda hilang dengan cepat.
Cara menggunakan lemon untuk menghilangkan stretch mark adalah seperti berikut:
• Ambil sebiji Lemon
• Potong lemon kepada 2 bahagian.
• Ambil separuh daripada lemon dan perlahan-lahan sapukan pada stretch mark anda.
• Perahkan sedikit demi sedikit jus dari lemon pada kawasan stretchmark
• lakukannya sekurang-kurangnya 10 minit.
• Kemudian basuh dengan air suam.
Untuk menjadikannya penawar stretch mark dengna lebih berkesan, anda boleh mencampurkan jus lemon dengan bahan-bahan lain dalam kuantiti yang sama (contohnya 1 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar jus yang lain):
• Jus lemon dengan jus timun
• Jus lemon dengan jus kentang
• Jus lemon dengan jus tomato.

5.Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya.
Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?
Ambil 1 biji capsul vitamin E. Cucuk dengna jarum dan keluarkan minyak vitamin E dari kapsul dan sapu rata ke permukaan kulit di kawasan stretch mark.
Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengna air bersih.

6: Putih Telur 
Putih telur mengandungi 40 protein yang berbeza jadi ianya menjadi sebab mengapa ia begitu bermanfaat untuk kesihatan kulit. Putih telur juga kaya dengan kolagen dan vitamin A dan dengan itu boleh merawat parut atau luka bakar dengan berkesan.
Keluarkan putih telur dengan memisahkan kuning telur dari telur.
• Pukul putih telur sedikit dengan garpu
• Sapukan pada kawasan stretchmark. Boleh juga dicmapurkan bersama dengan minyak zaitun
• Biarkan selama 15 minit
• Basuh dengan air.

7.ESP

ESP adalah serbuk protin dari Non GMO soya yang mengandungi protin untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela.  Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baruSetiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahgn perut yg menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan.

8.Minum Cukup Air
Tiada ubat akan berfungsi dengan berkesan jika kulit anda tidak sentiasa terhidrat. Minum air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari) Bukan sahaja kulit terhidrat malah badan akan ternyahtoksin dan juga mengembalikan keanjalan kulit.
Selain daripada menjaga kulit agar sentiasa terhidrat, anda juga perlu menjaga pemakanan. 

Kekurangan sumber nutrien dalam badan tidak boleh memberi manfaat sepenuhnya daripada krim, losyen, minyak, topeng atau apa-apa benda lain yang disapu pada kulit.
Mempunyai jumlah protein baik setiap hari seperti Kacang, ikan, putih telur, yogurt, kacang  kacang tanah, badam dan lain-lain serta mempunyai makanan yang tinggi Vitamin C dan E untuk menggalakkan pertumbuhan tisu kulit. Lada, jambu, sayuran hijau, brokoli, gooseberries, betik, oren, strawberi yang tinggi vitamin C. Bayam, kacang, kale, minyak zaitun, buah-buahan tropika seperti betik dan kiwi, gandum semua kaya dengan Vitamin E.

Elakkan lemak tepu dalam diet kerana ianya menambahkan berat dan obesiti yg boleh menyebabkan regangan kulit, menjadikan stretch mark bertmabah hodoh.



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Saturday, December 6, 2014

Cara Untuk Menghilangkan Parut Secara Tradisional Dan Moden

Assalamualaikum...dan salam ceria selalu...

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang cara untuk menghilangkan parut secara tradisoinal dan moden. Yerlaa bak kata orang, nak kenang perkara silam tengok pada kesan parut....hihihi..time kecil-kecil dulu...naik basikal ...pastu jatuh..so luka akibat jatuh basikal tu masih ada...tengok parut teringat manisnya saat waktu kecil-kecil dulu ...

Sebenarnya, parut ini ada banyak jenis. Ada parut akibat luka, parut jerawat, parut kesan gigitan serangga, parut akibat terkena bahan api, parut cacar atau kudis buta, parut akibat pembedahan dan sebagainya. Sebagai wanita, adalah menjadi igauan ngeri jika mempunyai parut kekal, lebih-lebih lagi di bahagian muka, kaki dan tangan. Jatuh saham uolls klau anak dara...hihihi...

Oklaaa, bila ada parut, mesti kita cari penyelesaian bagaimana nak hilangkan parut tersebut. Di sini saya senaraikan beberapa tips atau petua untuk menghilangkan parut untuk panduan bersama.

1. Kulit kayu manis & bedak sejuk
KULIT KAYU MANIS
BEDAK SEJUK
Sediakan 2 batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lepas tu lumurkan pada tempat berparut. Lakukan sekerap yang mungkin, in shaa Allah lama kelamaan parut akan pudar.

2. Daun lidah buaya

LENDIR DAUN LIDAH BUAYA DIPICIT KELUAR
Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun tersebut pada parut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Asam jawa

BUAH ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukancampuran asam jawa ini pada tempat berparut kemudian tunggu sehingga ia kering. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, in shaa Allah lama kelmaan parut akan beransur hilang.

4. Kulit pisang

KULIT PISANG
Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian berparut setap hari sehingga parut hilang.

5. Kacang hijau

KACANG HIJAU
KACANG HIJAU YANG TELAH DITUMBUK DAN DICAMPUR AIR DISAPUKAN KE KAWASAN BERPARUT
Ambil segenggam kacang hijau, tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak) kemudian campur sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

6. Jagung muda

JAGUNG MUDA






Sediakan jagung muda, parut hingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesannya pudar.










7. Vitamin Shaklee
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE









  • VITAMIN C merupakan antioksidan yang membantu proses pembaikan tisu terutama bekas2 jerawat dan parut. Ia juga membantu penghasilan kolagen dalam badan yang boleh membantu menguatkan sel kulit
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
  • VITAMIN E juga sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit dan mengelakkan tisu teroksida untuk menjadikan kulit lebih gebu
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • COLLAGEN membantu mengecilkan liang2 pori yang kelihatan serta menghilangkan kedutan dan garis2 halus


Kredit



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Saturday, October 11, 2014

ESP Shaklee Penawar Gastrik

Assalaamualaikum w.b.t...dan selamat berhujung minggu..

 Alhamdulillah....dah makin ramai orang yg jatuh cinta pandang pertama dengan ESP Shaklee ni...Lebih2 lagi bulan ni promosi ESP...apalagi....ramai yg tak nak lepaskan peluang keemasan ni...


Seperti kita sedia maklum, orang yang ada gastrik ni kena disiplin bab2 makan. Contohnya kalau biasa dia sarapan pukul 8.00 pagi, maka kena sarapan waktu tersebut..kalau biasa lunch pukul 1.00 petang, maka kalau pukul 3.00 petang tak lunch lagi ...alamat yer gastrik terus menyerang....rasa mual-mual, nak pitam, pedih ulu hati dan rasa nak pitam....bahagian kaki harus dijaga sebab angin paling senang masuk dari bahagian kaki. So kalau rasa kaki sudah mula sejuk-sejuk tu pakai la stokin. 

Oh ya,bila gastrik melanda sebaiknya sapu minyak angin dekat bahagian perut dan kaki untuk melegakan kesenakan perut,buat perut rasa panas dan membuang angin dalam perut. Kadang-kadang gastrik ni disebabkan oleh angin juga tau. Seperti yang kita ketahui penyakit dan kesembuhan dari penyakit tu semua dengan izin Allah,so selain mengamalkan petua ni kita berdoa la juga minta kesembuhan. pernah ke anda mengalami gastrik??...Antara salah satu produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah gastrik ialah ESP Shaklee.




Untuk mengetahui Set Lengkap Shaklee Untuk Gastrik, Sila klik DI SINI

 ESP membekalkan protien yang diperbuat dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

 

Berikut adalah Testimoni ESP untuk Gastrik:-




Petua yang harus di elak ketika gastrik:-


1.Elakkan minum air sejuk ketika gastrik. Sebab wap sejuk itu boleh menyebabkan angin yang mana perut akan menjadi senak dan sukar bernafas.

2. Elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak.

3. Cuba elakkan mandi dengan air yang terlampau sejuk dan mandi terlalu lama.

ok..itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ini...psssss!!..saper2 nak ESP tu jom cepat2 pm saya...lagi satu jangan lupa bulan ni PROMOSI ESP BUY 6 FREE 1..anda juga layak untuk KEAHLIAN PERCUMA..

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

- Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman
 SID: 1069185
 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura