Showing posts with label CARATOMAX. Show all posts
Showing posts with label CARATOMAX. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Tips Mengekalkan Mata Yang Cantik dan Bersinar


Assalaamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua tentang penjagaan mata. Sebenarnya saya masa zaman sekolah dulu mempunyai masalah rabun jauh. Rimas sebenarnya kalau pakai cermin mata. Banyak juga petua yang saya amalkan untuk mengurangkan masalah rabun mata. Mata merupakan antara daya penarik bagi seorang individu. Memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar adalah impian semua orang, terutamanya kaum wanita.

Oleh itu, ramai yang sanggup berhabis wang ringgit demi mencapai tujuan ini. Namun begitu, terdapat juga cara yang mudah dan tidak menelan kos yang tinggi untuk memiliki mata menawan dan cantik bersinar.

Tips yang boleh diamalkan agar mata cantik bersinar:

  • Tidur secukupnya
Sekurang-kurangnya tidur antara 6 hingga 8 jam sehari. Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya, sembap dan terbentuk lingkaran gelap disekeliling mata (eyebag).
  • Minum air kosong secukupnya.
Sekurang-kurangnya 8 gelas atau 1 liter air sehari. Air berfungsi sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan. Kandungan air yang mencukupi boleh mencegah kulit dari menjadi kering dan cepat berkedut.
  • Bersihkan mata daripada solekan
Pastikan solekan pada mata dibersihkan sebelum tidur. Membersihkan kelopak mata daripada solekan perlu dilakukan dengan teknik yang betul. Ini bagi mengelakkan bahan kimia daripada meresap ke dalam mata.
  • Jaga pemakanan dan elakkan merokok
Amalkan makanan seimbang yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan cekor manis mengandungi lutein yang baik untuk mata.
Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning kemerahan seperti lobak, keledek dan tomato mengandungi banyak Vitamin A. Vitamin A dikenali sebagai Retinol membantu membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. Vitamin A juga terdapat di dalam makanan seperti hati, keju, kuning telur dan mentega.
Manakala kandungan vitamin C yang terdapat pada sayur-sayuran dan buah-buahan dapat membantu pembentukan kolagen yang mampu menambah keanjalan kulit di sekeliling mata.
  • Lindungi mata dari sinaran matahari
Gunakan cermin mata anti ultraviolet (UV) sewaktu melakukan aktiviti luar. Terdedah kepada sinar UV yang berlebihan akan menyebabkan katarak dan dalam amaun yang tinggi, ia boleh merosakkan kornea, kanta dan selaput retina mata.

Cermin mata hitam yang baik dan berkualiti bukan sahaja mampu menghalang silau, tetapi berupaya untuk menyerap cahaya UV. Seeloknya elakkan daripada membeli cermin mata gelap yang murah di pasar-pasar malam atau tempat yang seumpamanya, kerana kebanyakan cermin mata ini tidak menapis cahaya UV, sekali gus mendedahkan mata pada pancaran sinar UV.
  • Senaman
Bersenam perlu diamalkan bagi menggalakkan kesihatan badan dan mata khususnya. Senaman ringan untuk mata dengan menggerakkan mata ke kanan ke kiri ke atas dan ke bawah dalam lima kitaran untuk satu minit bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata.
Ini amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer. Senaman lain yang boleh diamalkan ialah menutup mata secara perlahan hingga tertutup sepenuhnya sebanyak sepuluh kali dapat mengelak mata terasa kering.
  • Secara tradisional
Petua yang boleh diamalkan ialah dengan meletakkan hirisan timun di atas kelopak mata. Hirisan timun yang sejuk dapat menghilangkan keletihan.Uncang teh yang sudah digunakan juga boleh digunakan bagi menggantikan timun.Selain itu, ketulan ais kecil boleh digunakan bagi menyegarkan mata yang mengantuk.
Timun dan uncang teh
  • Secara rohaniah.
Menjaga hati dengan menjaga pandangan kita. Hindarilah dari melihat perkara yang tidak elok dan maksiat. Sentiasa membaca ayat suci Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam. Ayat Al-Quran adalah sebagai syifa' iaitu penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit.
Walaubagimanapun, dalam dunia moden sekarang ini ramai orang Islam yang lupa dengan khasiat dan syifa' yang terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Sebagai contoh ayat 22 dari Surah Qaf sesuai untuk menguatkan pandangan dan menghilangkan kerabunan mata.




Untuk Mendapatkan mata yang sihat, anda juga perlulah mengambil suplemen tambahan. Di sini saya cadangkan anda untuk mengambil Caratomax iaitu salah satu suplement produk Shaklee.

Caratomax Shaklee mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Bagi mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser jika mengambil 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan.



Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.



Bagi yang ada masalah rabun atau nak kesihatan mata berada pada tahap optimum boleh cuba Caratomax Shaklee. Ianya semulajadi, selamat dan berkesan untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mata sihat. 30 biji Caratomax Shaklee dengan harga RM 74.

Berminat? Hubungi saya untuk dapatkan panduan makan yang betul dan konsultasi percuma.

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Sunday, May 18, 2014

CARATOMAX

      Setiap hari, sel-sel dalam badan kita diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya adalah anti-oksida. Antioksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas serta meningkatkan  kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan menentang kerosakan sel.
Shaklee mengambil perlindungan antioksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan dan menyalurkannya dalam bentuk flavanoid dan karotenoid yang semulajadi. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Purata pengambian karotenoid lutein, likopena dan beta-karotena adalah 8mg setiap hari manakala carotomax pula dapat membekalkan 13mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.

  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, biji benih anggur, minyak palma, bunga marigold, dan brokoli bertunas.
  • Menguatkan sistem imun dan membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, peparu, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Memelihara kesihatan yang baik.
  • Membantu engekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu.
  • Membantu memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir.





Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik


·         CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.
·          

·         CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:




•    Memelihara kesihatan yang baik. 

•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. 


•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 



- Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
Call/whatsapp/sms : 012-3925240 
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare 
emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura