Monday, November 3, 2014

OMEGA GUARD Membantu Mengatasi Penyakit Asthma/Lelah Kanak-Kanak

Assalaamualaikum..dan salam ceria buat semua..

Pernahkah anda atau keluarga anda mempunyai masalah asthma atau lelah? Sebenarnya saya sendiri semasa zaman kanak-kanak dulu ada penyakit asthma nie. Seingat saya sampai umur 9 tahun baru saya pulih sepenuhnya dari asthma. Faktor utama saya terkena asthma dulu adalah akibat dari bulu kucing.


 Yerlaaa tiap2 malam tidur dengan kucing. Mak saya cakap, masa dalam buaian pun tidur skali dengan kucing. Kalau kucing lari jer terus saya menangis....hahhaaha..memang saya dan kucing tak dapat dipisahkan masa saya keik2 dulu. Dalam ramai2 adik beradik saya, sayalah yang paling teruk kena asthma. Alhamdulillah, sampai sekarang saya takde lagi kena asthma dan anak2 pun takde seorang pun yang kena asthma macam saya kecik2 dulu. Ok, Jom kita tengok apa sebenarnya penyakit asthma atau lelah nie...


Asthma merupakan sejenis penyakit melibatkan saluran pernafasan. Seseorang yang menghidap penyakit asthma mempunyai salur pernafasan yang ‘hyperresponsive’ atau dalam erti kata lain,  terlebih sensitif.  Apabila terdedah kepada sesetengah faktor pencetus, saluran pernafasan menjadi sensitif, dan bertindakbalas dengan penghasilan lendir atau ‘mucus’ dan otot-otot saluran pernafasan mengecut, ‘bronchoconstriction’. Ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan seterusnya mengakibatkan susah atau sesak nafas. Asthma tidak boleh berjangkit tetapi boleh diwarisi.

Perbezaan saluran pernafasan antara pesakit asthma (kanan) dan orang yang tidak mempunyai Asthma (kiri)

Ada beberapa factor pencetus asthma seperti:

  • Asap rokok
  • Haiwan peliharaan (bulu anjing atau kucing)
  • Lipas
  • Habuk pada permaidani, katil, bantal, patung berbulu
  • Ekzos kereta, sesetengah minyak wangi, ba usesetengah sabun pembersih
  • Debunga (‘pollens’) dari pokok, bunga, rumput
  • Cuaca atau angin sejuk, atau kadang-kadang cuaca panas dan hujan
  • Selsema atau lain-lain jangkitan
  • Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bermain, bersukan.
Setiap individu yang mengidap asma adalah berlainan.  Bukan setiap pesakit asthma akan alah kepada semua faktor-faktor pennyebab di atas.

Apakah tanda-tanda asma?

  • “Wheezing”- bunyi seperti orang bersiul sewaktu melepaskan nafas
  • Batuk
  • Berasa susah untuk bernafas
  • Berasa kekurangan udara
  • Dada berasa ketat
  • Berasa letih dan kekurangan tenaga

Bagaimanakah asma dirawat ?

Secara amnya, ada 2 jenis kumpulan ubat pam asma.

1.   Ubat pam (inhaler) sebagai pelega cepat (‘quick reliever’) 


  • Apabila asma menyerang, ubat ini digunakan untuk melegakan pernafasan dan memberhentikan serangan asma.
  • Ubat ini juga boleh digunakkan sebelum anak melakukan aktiviti bersukan sekiranya aktiviti bersukan merupakan salah satu factor pencetus asma. Ini dapat mengurangkan kemungkinan serangan asma untuk berlaku.
  • Ubat ini berfungsi dengan meluaskan otot-otot saluran pernafasan dan melegakan pernafasan.
  • Contoh: Salbutamol
 2.     Ubat pam (inhaler) steroid sebagai pengawal and pencegah asma
  • Ubat pam steroid akan dimulakan untuk pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius.
  • Ubat ini berfungsi dengan mengurangkan bengkak dan radang di saluran pernafasan dan seterusnya mencegah serangan asthma.
  • Ubat ini tiada fungsi pelega cepat. Ini bermaksud ia tidak sesuai digunakan waktu serangan asma sedang berlaku. Ia juga mengambil masa yang lebih panjang untuk menampakkan kesan postitif.
  • Ubat ini perlu digunakan SETIAP HARI untuk suatu jangka masa yang lebih panjang untuk menampakkan keberkesanannya.
  • Setelah asma menjadi terkawal dengan ubat pam steroid, doctor akan mengurangkan pengunaan ubat secara perlahan-lahan dan berkala, dan seterusnya memberhentikan penggunaan ubat tersebut. Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma. Ini bergantung kepada keadaan dan kawalan asmanya. Kanak-kanak yang mengidap asma dan memerlukan ubat pencegahan perlulah dipantau oleh pakar kanak-kanak.
Sumber: Dr Aileen Wee

Selain daripada alat di atas, Shaklee juga mengeluarkan satu produk yang dapat membantu masalah asthma ini iaitu OMEGA GUARD.Terdapat kajian yang mendapati pengambilan asid lemak Omega-3 serba sedikit membantu mengatasi penyakit lelah. Asid lemak Omega-3 bersifat antiradang. Kerana itu ia sangat baik diambil oleh mereka yang mengalami masalah berkaitan keradangan, seperti asma (radang pernafasan), Artritis reumatoid, dan sebagainya.


Mengapa Omega Guard adalah pilihan terbaik untuk asthma?


Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 paling selamat kerana menjalani proses penyulingan proprietari 3 molekul yang mengekstrak Omega-3 yang tulen dan juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk. Ia adalah minyak ikan terbaik di dunia. Selain itu, kandungan EPA & DHA dalam Omegaguard Shaklee adalah tinggi.



 Lekas rebutlah peluang penjimatan Omega guard Shaklee sempena PROMOSI BUY 6 FREE 1 NOVEMBER ini!!



"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM" 

 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:- 
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185
 012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
 mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

12 comments:

  1. Asma kat anak2 mmg merisaukan ibubapa..

    ninyfariza82.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. omega memang bagus utk pengidap asma...

    ReplyDelete
  3. bagus omegaguard ni ye. bukan je untuk perkembangan otak tapi membantu penyakit asma.

    Jom Baca: Kurus dengan tingkatkan Leptin

    ReplyDelete
  4. betul..omega bukan sahaja baik untuk asma batuk selesema..dapat bonus untuk IQ lagi

    ReplyDelete
  5. Plg bagus pengambilan omega bersama mealshake untuk asma ni

    ReplyDelete
  6. Dah lama xbg anak2 makan ubat batuk atau selsema since makan omega.

    alahan terhadap susu ibu

    ReplyDelete
  7. Omega nie kn..baik jugak utk anak yang demam berkahak.in shaa ALLAH kahak akan cair..anak saya dulu elergik..pantang peluh mesti naik ruam merah2..tp sejak amalkan omega..alhamdulillah tiada lagi ruam bila peluh!

    ReplyDelete
  8. Membalas kunjungan ke sini.

    ReplyDelete
  9. amalkan pengambilan Omega Guard secara konsisten untuk kesihatan yang optimum

    GABUNGAN MANTAP UNTUK SI MANJA

    ReplyDelete
  10. kesian betul anak-anak yang kena asma ni..tambah lagi kalaulah tiada orang dewasa di sisi apa agaknya akan jadi pada kanak-kanak ni..

    ReplyDelete
  11. Info yang menarik. Sememangnya pengambilan Vitamin C, minyak ikan Omega-3 dan zat zink mempunyai bukti saintifik untuk merawat penyakit yang berkaitan alahan seperti lelah, rhinitis dan ekzema.

    ReplyDelete

Fully Design By izza sakura